 |
|
Sunday, October 11, 2009
Pemanasan global jadi cabaran sasterawan
  Fenomena alam yang mengorbankan manusia dan memusnahkan bumi ini bukan
sahaja menjadi cabaran pemimpin-pemimpin dunia malahan turut menjadi
cabaran para sasterawan, kata Ahli Kehormat Ikatan Penulis Sabah (IPS),
Janathan Kandok yang juga Pengerusi Institut Penilaian Sastera Sabah
(INPES).
"Kita perlu mengurus perubahan iklim dunia sebab kemusnahan bumi pada zaman ini disebabkan pemanasan dunia," katanya.
Menurutnya,
sebagai sasterawan kita dapat memainkan peranan ini kerana seperti yang
dikatakan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad, puisi adalah untuk
menyemarakkan kesadaran.
"Puisi adalah untuk memanusiakan kembali
manusia itu, meninggikan budi pekerti, membentuk perwatakan dan juga
membangkitkan semangat untuk bertindak," katanya ketika berucap pada
Majlis Baca Puisi Tangisan Padang anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS)
dan DBP Sabah di Teluk Likas kelmarin.
"Cuaca sekarang ini cepat berubah. Sebentar panas, sebentar hujan.Siang panas terik, malamnya tiba-tiba turun hujan.
"Ini
petanda bumi marah sama kita.Planet yang kita diami ini bergerak
mengikut sistem yang semulajadi. Kalau sistem ini terganggu, bumi akan
menampakkan gejala aneh yang akibatnya bakal menimpa makhluk yang
tinggal du bumi ini," katanya sambil menambah, perubahan iklim ini
adalah salah saru gejala yang dipanggil pemanasan global.
"Sesuai
dengan namanya, pemanasan global berarti meningkatnya suhu atmosfera,
laut dan daratan bumi. Biasanya suhu permukaan bumi adalah sekitar 15
darjah celcius (59 darjah Fahrenheit).
Menurut rekod, selama 100 tahun kebelakangan ini, angka itu sudah naik sebanyak 0.6 darjah celsius (1 darjah fahrenhiet).
"Jika
suhu bumi ini semakin naik maka ais di kutub akan cair serentak
memanaskan lautan. Akibatnya, kuantiti lautan dan permukaan laut naik
pada tahap sekitar 9-100 cm.
"Kerana keadaan ini mengganggu sistem
bumi semulajadi maka berlakulah pelbagai bencanaalam seperti gempa
bumi, tsunami, taufamn dan banjir besar di pelbagai negara di bumi ini.
Menurutnya
kedatangan penulis dan hadirin dalam majlis itu walaupun secara spontan
tetapi digerakkan oleh kejadian gempa bumi di Padang Indonesia, Tsunami
di Samoa Barat, taufan di Filipina dan Banjir Besar di Selatan India
yang mengorbankan ribuan nyawa dan kemusnahan harta benda.
"Kita
meluahkan perasaan tentang kejadian malang ini melalui pengucapan
puisi," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada IPS dan DBP sabah
kerana berjaya menganjurkan majlis itu.
Sementara itu, Pengarah DBP
Sabah, Zubaidi Abas berkata majlis itu membuktikan keprihatinan
golongan sasterawan terhadap kedukaan, kesengsaraan mangsa bencana
gempa bumi di Padang dan musibah lain yang menimpa Filipina, Samoa dan
Selatan India.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada IPS kerana
menjayakan majlis Baca Puisi Tangisan Padang yang mengisi slot Program
Baca Puisi Teluk Likas yang diadakan setiap bulan.
Antara penyair
yang mendeklamasikan sajak mereka pada majlis itu ialah Ketua Satu IPS,
Sukor Haji Usin,Ismaily Bungsu, Nandra Hitong, Basyiroh Abdul Mukti,
Mohd.Jasni Yakub, Ali Amat Anas, Muhammad Haji Salleh, Nooraisah
Maidin, Abd.Nassir Said, Haji Alipah Jambuan, Aloy, Eyna Juning, Salmah
Matius, Yusuf Nur dan dihoskan oleh Mohd.Puad Bebit.
Pada majlis itu
juga IPS melancarkan Tabung Kutipan Dana untuk Mangsa Bencana Padang
untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa bencana melalui agensi yang
ditetapkan.
Posted at 10:09 am by webmasterips
Rujukan Entri
Saturday, October 03, 2009
Tangisan Padang 10 Oktober 2009
Padang menangis. Itulah kiranya yang dilihat oleh penyair Hasyuda Abadi dalam puisinya Tangisan Padang.Gempa yang meluluhlantakkan kota itu tak siapa yang dapat menjangka. Gempa datang tanpa sebarang isyarat, dan tiba-tiba lebih 1,000 manusia jadi korban.
Rumah runtuh bangunan roboh, ribuan hilang tempat tinggal dan dalam waktu yang singkat, ibu kehilangan anak, anak kehilangan orang tua, suami kehilangan isteri, isteri kehilangan kekasihnya. Tetapi kita tidak kehilangan simpati dan belas kasihan.
Tragedi itu memang memilukan dan mengharukan. Kita yang jauh ini hanya dapat menyaksikan depan TV atau di skrin komputer.
Tangisan Padang memang menyedihkan. Mari kita membantu dan menolong mereka dengan mengumpul dana sambil membacakan puisi duka bertemakan Tangisan Padang.
Untuk itu, Ikatan Penulis Sabah (IPS) kini sedang bekerjasama dengan beberapa pihak untuk mengadakan Program Baca Puisi Teluk Likas- Tangisan Padang pada 10 Oktober 2009 bermula jam 9.00 pagi di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Penyair penulis, pelajar pendidik, mahasiswa, kakitangan kerajaan dan swasta, orang persendirian dan peminat sastera dijemput hadir menjayakan majlis itu sambil menderma untuk meringankan beban saudara kita di tanah Minang.
Sesiapa yang berminat untuk membaca puisi sila hubungi Abd.Naddin Hj Shaiddin melalui 016-8351013, Hasyuda Abadi 014-8758564/016-8120664, Jasni Yakub 010-9305214 atau emel abdnaddin@yahoo.com.
TANGISAN PADANG
bumi yang merekah itu telah membawamu ke perdu keinsafan tentang yang maha besar
mendengar tangis jelaskan rahsia dahsyat takut hiba para bonda, adik-adik tercinta anak-anak, para bapak, kanda-kanda tersayang saudara-saudaraku yang lain yang telah hilang dan merasa kehilangan
musibah ini menyentuh kalbu mendekam rasa sayu, sedih dan pilu meski ada sempadan yang diperaturkan kalian satu di bumi Tuhan hulur seluhur simpati dan doa yang panjang
bumi bergetar itu hikmah keinsafan dan tangisan yang membelah padang menyatu patuh tiadakan goyah takwa tiang yakin telah didirikan berzaman semakin ampuh menerima ketentuan
di sana tangisan kudengar dari padang kesengsaraan ujian Tuhan terjemahan yang memancar piala keimanan.
~ Hasyuda Abadi ~
Posted at 03:01 pm by webmasterips
Rujukan Entri
Wednesday, July 22, 2009
Antara aktiviti Karnival Kesenian Islam Sabah ke-2
Saya bagi pihak Kemsas dan juga AJK Tertinggi IPS merakamkan ucapan
tahniah kepada sahabat kami, Jasni Matlani kerana terpilih sebagai
penerima Anugerah Penyair Islam Sabah 2009. Jasni, Yang diPertua Badan
Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) bakal menerima hadiah-hadiah menarik
termasuk wang tunai dan hadiah iringan yang lain. Anugerah ini diadakan
bersempena dengan Karnival Kesenian Islam Sabah ke-2 yang diadakan
sejak 17 Julai lalu.
Selain daripada anugerah tersebut, juga diadakan Nadwah Sastera Islam
yang menampilkan Ustaz Zainuddin Mahmud, Jasni Matlani dan Lokman Abdul
Samad sebagai pemakalah. Banyak juga aktiviti diadakan sempena karnival
ini. Antaranya Sayembara Deklamasi Puisi Berunsur Islam yang telah
berlangsung petang kelmarin (21 Julai). Selain daripada itu, kini
sedang berlangsung Peraduan Menulis Teks Khutbah, Peraduan Menulis
Puisi dan Cerpen berunsur Islam dibuka kepada semua umat Islam di
Sabah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Ogos 2009. Jika berminat, sila klik ini untuk muat turun borang penyertaan.
Posted at 11:16 am by webmasterips
Rujukan Entri
Monday, July 20, 2009
SEKITAR MAJLIS BACA PUISI TELUK LIKAS
Majlis baca puisi atau pengucapan puisi bukan asing bagi IPS. IPS pernah menganjurkan siri Dondang Puisi Anjung yang berlangsung di Anjurng Senja, terletak di pinggir laut di Bandar Raya Kota Kinabalu. DBP Cawangan Sabah pula merupakan rakan baiknya selain Sedcovest Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Sabah (Sedco) yang pernah menjadi penaja aktiviti. Dengan matlamat ingin menjadikan Anjung Senja sebagai antara lokasi pilihan masyarakat kota dan pelancong, kini matlamat yang sama menjadi tradisi setelah majlis Baca Puisi Teluk Likas diutarakan untuk dilaksanakan pada 18 Julai 2009. Alhamdulillah, program ini telah menjadi kenyataan. IPS berharap aktiviti santai yang berlangsung 2 jam di ruang kantin DBP Cawangan Sabah ini dapat diteruskan setiap bulan. Dengan sokongan dan kewibawaan peneraju IPS dan juga Pengarah DBP Cawangan Sabah, Encik Zubaidi Abas, Baca Puisi Teluk Likas akan bersemarak selamanya.  Mohd Fuad Bebit Hos Baca Puisi Teluk Likas Encik Zubaidi Abas, Pengarah DBPCawangan Sabah melancarkan Kumpulan Puisi 'Kembali di Lahad Rahsia' karya Hasyuda Abadi.
 JY - Deklamator DJ produk IPS.  Ahli Kehormat IPS Sdr. Laliman Haji Ahmad turut membaca puisi dengan cara yang tersendiri dan tetap memberikan makna.  Sdr. Mabulmaddin Haji Shaiddin mempunyai bakat yang pelbagai selain menulis puisi, menulis cerpen beliau juga seorang pengkaji budaya. Malam itu Mabul meniup seruling kesayangannya.  Asmah Juming ini Naib Juara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di ibu negeri baru-baru ini.  Kanda Ali Amat Anas, veteran polis kini bersara tetapi dunia seni tidak pernah ada ruang persaraan baginya. Kebolehan dan pengalamannya sentiasa diperlukan generasi muda untuk menyemai bibit-bibit seni negara.
 Aloy dan pelajarnya dari Kolej Komuniti Yaysan Sabah  Encik Zubaidi Abas mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada IPS kerana menjadikan DBP Cawangan Sabah sebagai premis dalam menjayakan Majlis Baca Puisi Teluk Likas. Usaha ini akan mengajak penggiat seni, penulis dan orang ramai mendekati DBP dan dunia puisi.
Posted at 04:10 pm by webmasterips
Rujukan Entri
Wednesday, July 15, 2009
Masyarakat Perlu Minda Kreatif - Bolkiah
PITAS:
Masyarakat hari ini perlu mempunyai minda yang kreatif agar mereka
mampu berinteraksi dengan sopan dan beretika dalam kehidupan seharian,
kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Bolkiah
Haji Ismail.
"Menikmati sastera kreatif pada hari ini bukan lagi
satu perkara yang boleh dianggap sekadar bermain-main dengan emosi
sahaja tetapi melalui karya-karya kreatif pembaca akan dapat membuka
cakerawala minda yang lebih kritis dan dinamik," katanya yang juga Ahli
Dewan Undangan Negeri  Pitas. Beliau berkata, kesudian DBP Cawangan
Sabah membawa pelbagai kegiatan di daerah Pitas membantu mendedahkan
masyarakat di daerah itu dalam pelbagai kegiatan bersifat keilmuan. "Ini
menunjukkan bahawa agensi-agensi kerajaan persekutuan sentiasa
menyokong pelbagai usaha kerajaan negeri memajukan masyarakat bukan
saja dalam konteks pembangunan fizikal tetapi juga dalam pembangunan
mentalmasyarakat," katanya ketika merasmikan Malam Baca Puisi Juri
Durabi di Dewan Serbaguna Pitas, malam kelmarin. Teks ucapannya dibacakan oleh Pemim  pin Kemajuan Rakyat, Mohd. Lahab Enul. "Kejayaan
Juri Durabi sebagai sasterawan di negeri ini telah mengangkat imej
daerah Pitas dan ini amat membanggakan," katanya sambil melahirkan
keyakinan bahawa daerah Pitas mampu melahirkan lagi penulis-penulis
baru dengan sokongan dan bimbingan dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Cawangan Sabah. Katanya, puisi-puisi Juri Durabi memberikan tafsiran
tentang kehidupan masyarakat bukan sahaja di Pitas tetapi rakyat
Malaysia secara keseluruhannya. "Melalui seni kreatifnya kita akan
dapat membaca ketajaman cetusan hati nurani Juri melalui pemilihan
kata-kata yang puitis dan penuh bermakna," katanya. Sementara itu,
Pengarah DBP Sabah, Zubaidi Abas berkata Malam Baca Puisi Juri Durabi
dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah sebagai penghargaan kepada penulis
dan golongan sasterawan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan
minda masyarakat melalui karya-karya dalam bentuk puisi, cerpen dan
sebagainya. "Malam Baca puisi Juri Durabi diadakan sebagai salah
satu usaha DBP cawangan Sabah untuk memperkenalkan golongan penulis dan
sasterawan serta karya-karya mereka kepada masyarakat," katanya sambil
menambah, negara-negara maju menghargai karya dan golongan sasterawan.  "Di
negara maju, karya Karya penulis dibaca dan dihargai, serta golongan
sasterawan diberi penghormatan dan ditempatkan di kedudukan yang
sewajarnya tetapi masyarakat di negara kita masih kurang memnbaca dan
menghargai karya-karya sastera.," katanya. Golongan sasterawan masih
`terpinggir' tidak dikenali masyarakat, apatahlagi diberi penghormatan
yang sewajarnya sesuai dengan sumbangan besar mereka kepada pembangunan
minda masyarakat,kata Zubaidi. Malam Baca Puisi Juri Durabi
diserikan dengan pembacaan puisi oleh Juri Durabi, penulis kelahirkan
Kampung Kusilad Pitas, Timbalan Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera
Sabah (BAHASA) Ramli AR, Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan,
Dulamid Rudin, Ng Loi Tect, Naib Ketua UMNO Bahagian Pitas, Harun
Durabi, lagu puisi oleh Rablin Nordin dan lain-lain lagi. Ehsan: Blog Abd Naddin Shaiddin
Posted at 08:01 am by webmasterips
Rujukan Entri
|
|
Hari ini:
|
|
|
|
 |